ASAL-USUL BAHASA - 21 March 2009 - DUNIA PENUH WARNA
Monday, 2016-12-05, 5:29 PM
Welcome Guest | RSS
Main | Registration | Login
Login form
Search
Calendar
«  March 2009  »
SuMoTuWeThFrSa
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031
Entries archive
Our poll
Rate my site
Total of answers: 10
Site friends
  • Create your own site
  • MUGI PUNYA
    Main » 2009 » March » 21 » ASAL-USUL BAHASA
    ASAL-USUL BAHASA
    8:36 AM
    ASAL-USUL BAHASA

    ANALOGIS
    Suatu gejala semula jadi dan mempunyai logik yang tersendiri
    Setiap kata dasar dapat diperincikan asal-usul dan makna

    ANOMALIS
    Bahasa tidak regular dan
    Tiada hubungan antara kata dengan alam semula jadi

    MONOGENETIK
    Beranggapan bahawa bahasa berasal daripada satu sumber, dan kemudian berpecah kepada beberapa bahasa lain di dunia. Sumber bahasa yang utama itu dianggap pemberian kudus daripada Tuhan

    POLIGENETIK
    Beranggapan bahawa sumber kejadian bahasa bukanlah satu tetapi pelbagai. Dengan kata lain, bahasa diwujudkan oleh pelbagai faktor yang dipengaruhi pula oleh pelbagai konteks

    PENDEKATAN TRADISIONAL
    Fasa kedewaan dan kepercayaan
    Fasa organis: teori bow-wow, teori pooh-pooh, teori ding-dong, teori yo-he-ho, teori gerak geri, teori muzikal, dan teori kontak

    PENDEKATAN MODEN
    Faktor fizikal dan psikologikal dalam perkembangan bahasa

    PENDEKATAN TRADISIONAL: FASA KEDEWAAN
    Pada abad ke-17, seorang ahli filologi Swedia mengatakan bahawa Tuhan menggunakan bahasa Swedia. Nabi Adam menggunakan bahasa Denmark, dan naga menggunakan bahasa Perancis.
    Bahasa di syurga ialah bahasa Belanda.
    Pada abad ke-17, Raja Mesir membuat eksperimen tentang asal-usul bahasa. Bahasa pertama di dunia ialah bahasa Phrygia.
    Versi Cina pula mengatakan bahawa Tuhan mengajarkan bahasa manusia melalui seekor kura-kura.
    Amaterasu, Tuhan orang Jepun mengajarkan bahasa Jepun.
    Nabu, Tuhan orang Babilonia mengajarkan bahasa kepada keturunan mereka.
    Brahmana mengajarkan tulisan Hindu.

    FASA ORGANIS: TEORI BOW-WOW
    Bahasa lahir hasil daripada peniruan bunyi alam semula jadi seperti salakan anjing atau ciakan burung. Oleh itu, teori ini dikenali juga dengan nama teori Onomatopia.
    Banyak kata yang ditiru langsung daripada bunyi alam, iaitu simbolisme bunyi. Contoh: kokok, ketak, dentum, wakwak, pitpit, citcak, dentam, quack, cuckoo, peeuit, splash, sneeze, grunt, bump…
    Orang primitif meniru bunyi satwa peliharaan, satwa buruan atau bunyi alam yang didengarnya.
    Kata pertama ialah tiruan terhadap hujan, angin, sungai, ombak dan sebagainya.

    FASA ORGANIS: TEORI POOH-POOH
    Nama pooh-pooh diberi oleh penentang teori Evolusi Darwin.
    Bahasa berasal daripada bentuk primitif, iaitu daripada ekspresi emosi sahaja.
    Bahasa wujud hasil daripada luahan atau jeritan emosi semula jadi kerana sakit atau seronok.
    Udara yang keluar daripada hidung dan mulut akan mengeluarkan bunyi pooh atau pish.
    Teori ini tidak menerangkan sifat artikulasi bahasa, dan tidak mengaitkan bunyi bahasa itu dengan lambang.
    Seruan merupakan bentuk linguistik yang terawal, iaitu yang berupa panggilan, laungan, ajakan dan anjuran.

    FASA ORGANIS: TEORI DING-DONG
    Wujud hubungan yang harmoni antara bunyi dengan makna, iaitu bahasa lahir secara alamiah.
    Makna terbahagi dua, iaitu makna sosial dan makna linguistik. Makna linguistik pula terbahagi dua, iaitu makna leksikal dan makna struktural.
    Manusia memiliki kemampuan yang istimewa untuk mengeluarkan ekspresi ujaran, dan setiap rangsangan luaran yang diterima akan diberi ekspresi pertuturan.
    Ketika ujaran, wujud tiga suasana, iaitu rangsangan penutur, ujaran (tindak balas penutur dan rangsangan pendengar), dan tindak balas pendengar.
    Teori ini tidak menerangkan apa-apa tentang asal-usul bahasa.

    FASA ORGANIS: TEORI YO-HE-HO
    Bahasa tercipta daripada bunyi yang dihasilkan oleh sekumpulan manusia ketika bekerjasama melakukan sesuatu.
    Bunyi wujud dengan tidak disengajakan akibat penggunaan tenaga dan hembusan udara, seperti mengangkat rumah, pokok, batu…
    Ucapan tertentu wujud kerana gerakan otot, dan pita suara bergetar lalu terciptalah ucapan khusus. Bunyi itu berkembang, dan akhirnya menjadi kata yang bermakna, seperti bunyi: house, left, angkat…
    Konsep bunyi yang dikemukakan dalam teori ini dapat menerangkan kejadian vokal dan konsonan dalam ujaran
    Bahasa pertama lahir akibat daripada kegiatan sosial, dan tujuan utamanya untuk berkomunikasi antara manusia dalam konteks budaya tertentu.

    FASA ORGANIS: TEORI GERAK GERIK
    Kewujudan bahasa berasaskan gerak geri satwa, dan masyarakat primitif. Inimenunjukkan bahawa gerak mendahului pertuturan dalam semua aktiviti kehidupan.
    Pergerakan yang berbeda akan menghasilkan bunyi yang berbeda. Bunyi ini akhirnya akan menggantikan pergerakan untuk digunakan secara meluas.
    Teori ini mengatakan bahawa masyarakat yang semakin maju memerlukan isyarat yang lebih tepat untuk menyatakan sesuatu. Ini bermakna isyarat mendahului ujaran.
    Dalam beberapa hal, isyarat tidak dapat digunakan, seperti di tempat gelap atau sedang membawa sesuatu. Oleh itu, mereka memerlukan isyarat lisan, yang akhirnya berkembang menjadi bahasa.

    FASA ORGANIS: TEORI MUZIKAL
    Bahasa berasal daripada nyanyian atau bahasa berirama.
    Sejarah perkembangan bahasa mempunyai haluan yang sama sejak adanya manusia dan bahasa pada zaman dini.
    Bahasa primitif terdiri daripada perkataan atau ungkapan yang panjang, dan menyakitkan rahang apabila membunyikannya.
    Bahasa mempunyai jeda muzik/irama yang luas, sejenis nyanyian tanpa kata, untuk tujuan ekspresi semata-mata, bukannya tujuan komunikasi. Ekspresi yang paling kuat ialah ekspresi CINTA (suka sekali, sayang benar, perasaan atau berperasaan)

    FASA ORGANIS: TEORI KONTAK
    Bahasa wujud daripada keinginan semula jadi manusia untuk berhubung sesama mereka dalam kehidupan sehari-hari. Oleh itu, bahasa dini ialah bahawa imperatif, iaitu terdiri daripada perintah, suruhan, arahan, larangan…
    Peringkat kelahiran bahasa:
    Bunyi kontak (ekspresi bukan komunikasi)
    Jeritan (bersifat komunikatif untuk tujuan
    persekitaran bukannya individu, dan tujuan mengawal bahaya)
    Panggilan (memenuhi keperluan individu)
    Perkataan (fungsi simbolik dan kiasan)

    PENDEKATAN MODERN
    Mekanisme artikulasi manusia memungkinkan terhasilnya ujaran yang lengkap. Namun, faktor psikologi juga turut membantu perkembangan bahasa yang baik dan berkesan.
    Kesan psikologi terhadap benda, perkara atau peristiwa dinyatakan dalam bentuk ujaran. Oleh itu, ujaran ialah hasil kemampuan manusia untuk mengenal pasti gejala sebagai lambang dan keinginan untuk mengungkapkan lambang itu dalam pelbagai konteks.
    Ahli Antropologi menyimpulkan bahawa manusia dan bahasa berkembang bersama. Apabila manusia mempunyai kemampuan, menemukan ketrampilan dan mempergunakan alat, maka mulailah mereka berbicara.

    PENDEKATAN MODEN
    Ada yang mengatakan bahawa perkembangan bahasa sama seperti bayi yang berkembang menjadi dewasa. Ucapan bayi akan berkembang menuju kemantapan dan ketuntasan.
    Perkembangan bahasa selari dengan perkembangan budaya dan peradaban. Ini demikian kerana manusia dianugerahi konsep kebahasaan dan kemampuan berbahasa, dan dengannya manusia berupaya mengkonsepkan alam sekitar melalui ujaran yang merupakan penampilan kebahasaannya.

    sumber artikel
    Views: 1733 | Added by: mugiarto | Rating: 0.0/0 |
    Total comments: 0
    Name *:
    Email *:
    Code *:
    Website builderuCozCopyright MyCorp © 2016